BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 28, 2009

""Kasih Ibu...Ini adalah mengenai Nilai kasih IbuSeorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibukmenyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkansekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segeramengesatkan tangan di apron menyambut kertas yangdihulurkan oleh sianak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:1) Tolong pergi kedai RM4.00 2) Tolong jaga adik RM4.00 3) Tolong buang sampah RM1.00 4) Tolong kemas bilik RM2.00 5) Tolong siram bunga RM3.00 6) Tolong sapu sampah RM3.00 Jumlah : RM17.00Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anaksambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibumencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakangkertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian & keperluanmu -PERCUMAJumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMAAir mata si anak berlinang setelah membaca apa yangdituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajahibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "TelahDibayar" pada mukasurat yang ditulisnya.

0 comments: